Fidyah puasa..siapakah?

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Bertemu lagi kita pada kali ini dengan tulisan ustazah yang bertajuk  “FIDYAH PUASA DAN SIAPAKAH”

Ustaz suka untuk berkongsi tajuk Fidyah Puasa pada kali ini adalah kerana mesti kaum muslim dan muslimat di luar sana sudah mula mahu mengganti atau mengqada’ puasa masing-masing, samada untuk puasa ramadhan tahun 2012 atau ramadhan yang lepas2.

MEREKA YANG DIKENAKAN MEMBAYAR FIDYAH PUASA IALAH;

1. Mereka yang tidak dapat mengqada/mengganti puasa ramadhan sehingga masuk ramadhan yg kedua, ( FIDYAHNYA SATU CUPAK BERAS UNTUK SETIAP HARI YG DITINGGALKAN DISAMPING MENGADA’ PUASANYA) contoh kita terlupa atau tidak sempat mengqada puasa kita pada ramadhan tahun lepas 2011 tetapi sudah tiba bulan ramadhan 2012.  Tetapi jika kita tertinggal qada puasa 2tahun contohnya kita kena gandakan fidyah kita itu menjadi 2cupak utk setiap hari yg ditinggalkan, tetapi puasa tetap satu hari tidak bertambah atau berganda.

2. Orang sakit yg tiada harapan untuk sembuh

3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa

4. Orang yang qada puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (fidyah tersebut hendaklah dibayar/dibuat oleh ahli keluarga si mati atau diambil dari harta pusakanya)

5. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anaknya, (PERLU MEMBAYAR FIDYAH SECUPAK BERAS BAGI SETIAP HARI YG DITINGGALKAN)sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya akan mudarat dan bahaya. Tetapi jika dia bimbangkan akan kesihatan dirinya sahaja, dia cuma perlu qada puasa tanpa membayar fidyah.

Disini ustaz ingin menegaskan kepada wanita dan kaum muslimat yg dirahmati Allah di luar sana jgn sampai terlupa mengqada puasa kita tambah2 semasa kita menggandung dan melahirkan anak, jangan sampai umur anak kita sudah 40thn tapi qada puasa semasa kita melahirkannya belum berganti lagi. Cubalah pembaca bayangkan berapa cupak beras yg patut kita bayar..ntah-ntah mau 1 lori kot ye..lawak bunyinya, tapi ini hukum kita tak boleh main2. Cuba2 lah kita ingat jika kita masih ada hutang puasa lagi ye..

Sampai jumpa lagi

Advertisements

10 TIPS CIPTA PRODUK INFORMASI SENDIRI

Jika anda untuk mencipta produk sendiri dan menjualnya di internet, berikut 10 tips yang boleh anda cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian, segala permasalahan yang saya sebutkan tadi akan selesai akhirnya :

1. Sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil dan sebatang pen. Anda harus sentiasa bersedia pada setiap detik jika secara tiba-tiba anda mendapat idea. Jika tidak dicatat idea tersebut, saya pasti anda akan mudah lupa.

2. Idea yang datang secara tidak diduga tidak harus anda edit. Tulis sahaja, kemudian barulah anda fikirkannya semula walaupun idea tersebut ‘gila-gila’ dan tidak masuk akal sekali pun pada
awalnya.

3. Mulakan mencari idea berdasarkan hobi anda. Ada kebarangkalian yang tinggi untuk anda mengembangkan sepuluh idea berlainan lagi hanya daripada salah-satu daripada hobi anda.

4. Kenangkan kembali pengalaman-pengalaman anda yang silam. Mungkin anda mempunyai pengalaman bekerja di sesebuah tempat yang menarik di mana perkongsian pengalaman tersebut amat bermanfaat untuk dikongsi bersama orang lain. Anda boleh mencipta produk
informasi berkaitan bidang pekerjaan anda yang lalu.

5. Baca akhbar harian untuk melihat apakah isu-isu semasa yang menjadi topik perbualan hangat. Jika ia adalah suatu masalah, anda boleh fikirkan penyelesaiannya dan dari situ bangunkan suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah
masyarakat di sekeliling.

6. Lawati perpustakaan atau kedai-kedai buku dan majalah. Di sana terdapat pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan niche. Mana tahu dari situ anda akan mendapat idea baru untuk mencipta produk dalam sesuatu niche. Jika terdapatnya buku bagi sesuatu niche atau bidang itu, ada kemungkinan besar yang niche tersebut menguntungkan atau profitable.

Sebab apa? Sebab dia mudah saja, jika terdapat buku atau majalah dalam sesuatu niche itu yang terjual sehingga kini, sudah tentulah ada orang yang membelinya. Ada orang yang membeli, maksudnya ada lah proses jual beli di situ.

7. Tengok dan kaji setiap iklan di TV. Dari situ mungkin anda akan dapat idea untuk keluarkan produk informasi. Pelbagai niche yang diketengahkan oleh iklan-iklan tersebut. So, the next time
ada iklan di TV, jangan mengeluh atau tukar siaran. Kaji dan cuba jana idea untuk hasilkan produk sendiri yang berkaitan.

Ini juga boleh kita jadikan salah-satu indicator untuk nak tahu samada niche dalam iklan itu profitable atau pun tidak. Sudah tentulah ianya menguntungkan dan buying niche. Kalau tak, tak kan lah pihak pengiklan sanggup menghabiskan wang ribuan RM untuk stesen-stesen TV macam TV3, ntv7 dan sebagainya menyiarkan iklan mereka.

8. Buat research di Clickbank Marketplace. Di situ terdapat berpuluh-puluh niche berbeza. Bukan takat niche buat duit. Kembangkan minda anda sikit. Cipta produk informasi berdasarkan
niche yang ada di situ. Jangan hanya fikirkan niche buat duit.

9. Pastikan idea produk yang bakal anda cipta tu menyelesaikan masalah orang lain. Tak guna kalau buat produk yang anda syok sendiri. Tanya diri anda, adakah produk tersebut boleh
menyelesaikan sesuatu masalah.

10. Tanya pada diri anda soalan-soalan berikut : Produk anda mengenai apa? Siapakah yang bakal membeli produk anda? Mengapa mereka harus beli produk anda dan bukan produk orang lain? Bila pada kebiasaannya produk tersebut akan dibeli? Bagaimana para pelanggan anda boleh membeli produk anda dengan cara semudah yang boleh?

Baiklah, semoga dengan tips-tips yang telah saya kongsikan di atas, boleh memberi idea kepada anda dalam mencipta produk informasi anda sendiri.

Cara-cara Mandi Wajib Yang Betul

Salam.

nick+nashram+sebab+mandi+wajib Cara cara Mandi Wajib Yang Betul

Soalan; Macam mana mandi hadas besar dengan betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. Bolehkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dalam hal ini.

 

Jawapan;

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.

2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.

3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.

4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.

5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.

6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.

8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.

 

Sumber : Ilmu & Ulamak

resepi air urmm sedap..

Resepi Air Bandung
sirap_bandung

Bahan-Bahan:
Sirap/Pewarna Merah
Gula Pasir
Daun Pandan
Air
Sedikit garam
Satu tin susu cair
Sebotol air soda

Cara penyediaan:
1. Untuk membuat sirap, campurkan gula pasir, pewarna merah, daun pandan dan air secukupnya. Untuk menghasilkan sirap yang lebih baik, pastikan ianya pekat, merah dan cukup manis.
2. Bancuh susu cair bersama sirap (mengikut sukatan yang diperlukan). Kacau sehingga sebati.
3. Campurkan air soda ke dalam bancuhan susu dan sirap. Semasa proses ini, anda perlu mengacau supaya susu tidak pecah.
4. Tambahkan secubit garam dan kacau lagi.
5. Sedia untuk dihidangkan. Tambah ais untuk sejuk.

Air Tembikai
tembikai
Bahan-Bahan:
½ biji buah tembikai (sedang)
125 gm gula pasir (sirap)
125 ml air panas mendidih (sirap)
1 biji limau nipis
Air tembikai & ketul-ketul ais
875 ml air sejuk

Hiasan:
Daun pudina
½ cawan isi tembikai yang dipotong dadu

Cara penyediaan:
1. Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk, tuangkan air panas. Kacau tutup mangkuk itu.
2. Sediakan air buah. Cuci & dipotong dadu (hiasan). Korek isi tembikai dengan sudu besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan.
3. Perah air tembikai dengan menekankannya di dalam tapis aluminium dengan menggunakan senduk kayu kemudian tuang air ke dalam jag.
4. Perah limau. Tapis sirap ke dalam jag air tembikai, tambahkan 875 ml air sejuk, kacau & sejukkan di dalam peti ais.
5. Potong dadu isi tembikai untuk hiasan. Apabila cukup sejuk masukkan hiasan ini serta daun pudina dan hidangkan.

Air Kelapa Muda
kelapa_muda
Bahan-bahan:
1 biji kelapa muda
125 gm (4 camca besar penuh) gula pasir (untuk dibuat sirap)
125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap) Hiasan:-
Air kelapa
375 ml air sejuk daripada peti ais
isi kelapa yang dikikis

Cara penyediaan:
1. Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tuang air panas mendidih ke dalamnya.
2. Kacau dan tutup mangkuk itu. Sediakan buah. Tebuk bahagian atas kelapa tuangkan airnya ke dalam jag.
3. Belah kelapa dan kikiskan isinya dengan camca teh. Bubuh isinya ke dalam jag.
4. Tapis sirap yang sejuk ke dalam jag dan tambahkan air sejuk secukupnya.
5. Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan di atas dulang.

MY FRIST POST | AMALAN SUNAT DI BULAN PUASA

Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan
Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada pelbagai amalan yang disunatkan pada bulan ini di antaranya:

1. Mengkhatamkan Al-Qur’an
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur’an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185)

2. solat tarawih
Rasulullah Saw. bersabda: “Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: “Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara kamu bimbang masuk waktu subuh hendaklah solat satu rakaat witir.”

3. memperbanyak doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerana itu perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.

4. Memberi buka puasa (tafthir shaim)
Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: “Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikitpun “. (Bukhari Muslim)

5. bersedekah
Rasulullah Saw. bersabda: “Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan” (HR. Tirmizi).
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

6. i’tikaf
Iktikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I’tikaf sunat bagi laki-laki dan perempuan; kerana Rasulullah Saw. selalu beri’tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para isterinya juga ikut I’tikaf bersamanya. Dan hendaklah orang yang melaksanakan iktikaf memperbanyak zikir, istigfar, membaca Al-Qur’an, berdoa, solat sunat dan lain-lain.

7. umrah
Ramadhan adalah masa terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: “Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku.”

8. Memperbanyak berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan bagi setiap muslim untuk menambah ‘akaun’ pahalanya di sisi Allah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib bernilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya ‘sekadar’ tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam berbuat kebaikan agar baki kebaikan kita terus bertambah.
“Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba.”

Semoga kita termasuk orang-orang yang boleh memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita dan boleh meraih gelaran “bebas dari neraka.” Amin
Wakullu Am wa Antum bikhair