Amalan Menjelang Hari Raya Aidil Adha

 

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-

.

SEBELUM 10 ZULHIJAH

  1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  3. Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

 .

.

PAGI 10 ZULHIJAH

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

 .

.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.

 .

.

HARI RAYA KORBAN

Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.

 .

1. Takbir

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.

.

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).”  (Hadis riwayat al-Thabrani).

.

Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

 

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.   ( × 5/3)

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 

 Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.

.

.

2.  Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

.

Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.

 

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?”

 

Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)

.

.

3.  Berdoa Taubat

Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.

 

Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.

 

Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada kita.

 .

.

4.  Solat Sunat Aidiladha

Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.

 .

 .

5.  Ibadah Korban

Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

 .

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”       Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

.

Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

 .

.

HIKMAH AIDILADHA

  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

 

 

Amalan Sunat Di Malam Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya bagai semalam 1 Ramadan, begitu cepat masa berlalu kini kita bakal meninggalkan Ramadan dan belum pasti tahun depan kita akan dapat bertemu dengan bulan penuh rahmat ini. Semuga Ramadan tahun ini lebih baik daripada Ramadan tahun lepas dan kita azam untuk meneruskan semua amalan baik di bulan Ramadan di sebelas bulan yang lain.

Kita akan melangkah ke bulan Syawal bulan yang biasa digambarkan dengan kemeriahan dan pesta suka suki. Aku nak kongsikan ilmu darpada Ustaz Noehas yang beliau kongsikan dalam group aku. Terima kasih kepada Ustaz yang tidak lokek dengan ilmu dan semuga ilmu ini akan mengubah cara kita menyambut AidilFitri setiap tahun bermula tahun ini. Ilmu memang penting tanpa ilmu soal kecil seperti isu “Hubungan Suami Isteri Malam Raya” pun menjadi isu kepada sebahagian masyarakat.

PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA MALAM HARI RAYA

Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada malam 2 hari raya, dinukilkan;

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ الأَصَمُّ أَخْبَرَنَاالرَّبِيعُ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِىُّ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَعَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدِ لِلَّهِمُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. {ش} قَالَ الشَّافِعِىُّ :وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِالْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِمِنْ شَعْبَانَ.

Maksudnya: Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati.

Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu Darda’ berkata:Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fitri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.

2) Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;

و مما أنبأني أبو عبد الله الحافظ إجازة و رواه عنه الإمام أبو عثمانإسماعيل بن عبد الرحمن الصابوني أنا أبو عبد الله محمد بن علي بنعبد الحميد نا إسحاق بن إبراهيم أنا عبد الرزاق أخبرني من سمع ابنالبيلماني يحدث عن أبيه عن ابن عمر قال : خمس ليال لا يرد فيهنالدعاء ليلة الجمعة و أول ليلة من رجب و ليلة النصف من شعبان وليلتا العيد

Maksudnya: Daripada Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari Rejab, malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).

Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.

CARA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT

Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Azkar;

يستحب إحياء ليلتي العيد بالذكر والصلاة وغيرهما فإنه وإن كانضعيفا لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها قال : والظاهر أنه لا يحصلالإحياء إلا بمعظم الليل

Maksudnya: Disunatkan untuk menghidupkan kedua-dua malam hari raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya.

Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.

Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.

2) Di dalam kitab Al-Imdad’;

وفي الامداد: ويحصل القيام بالصلاة نفلا فرادى من غير عددمخصوص، وبقراءة القرآن، والاحاديث وسماعها، وبالتسبيح والثناء،والصلاة والسلام على النبي (ص) الحاصل ذلك في معظم الليل

Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.

3) Daripada Ibn Abbas;

عن ابن عباس رضي الله عنهما بصلاة العشاء جماعة، والعزم علىصلاة الصبح جماعة، كما قالوه في إحياء ليلتي العيدينوفي صحيح مسلم قال رسول الله (ص) من صلى العشاء فيجماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنماقام الليل كله

Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah.
Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.

P/s: Amalan-amalan sunat ini afdhal nya dibuat secara bersendirian.

Daripada kita sibuk membakar lemang dan ketupat, menghias rumah sampai penat, shopping di baazar, tesco, giant, carrefour dan kedai Pak Mat….Apa kata kita ubah sikit malam raya tahun ini dengan beribadat….Moga kita dapat kembali kepada fitrah dan beroleh rahmat!!

Salam Aidilfitri…Maaf Zahir & Batin.

Tidur cara Rasulullah saw

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Kehebatan Laungan Azan 24 Jam di Seluruh Dunia

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkanazan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini,Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di- Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Kebenaran Islam Tentang Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu

kucing

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu baginda berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, baginda menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. – Wallahua’lam..

Kelebihan Orang Yang Menutup Aurat

~> Menutup aurat, dapat keredhaan & keberkatan dari ALLAH.
~> Dapat pahala bila menutup aurat, berganda bila ikhlas.
~> Nampak macam panas, bila pakai nyaman sahaja.
~> Nampak soleh & solehah, kekadang macam ustaz & ustazah. 
~> Bantu jaga mata lelaki, lindungi diri dari lelaki jahat.
~> Bonus : Nampak lebih hensem dan sopan.
~> Bila sudah tutup dengan sempurna boleh buat pakaian untuk solat.
~> Didik diri hormat diri sendiri sebelum hormat orang lain.
~> Menyihatkan badan, tidak terkena sinaran UV, debu dan sebagainya.
~> Tingkatkan Al-Haya’ (malu) dalam diri, malu tanda ada iman.
~> Satu cabang dakwah, bawa manusia cinta pada keislaman.
~> Ciri-ciri boleh dijadikan suami / isteri soleh & solehah.
~> Petanda awal ke arah insan yang bertaqwa.
~> Bukan nak tunjuk baik tapi nak jadi yang terbaik dimata ALLAH.

 

Ayat Ruqyah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Hari ini suka ustaz nak kongsikan satu ayat yg di namakan AYAT RUQYAH yg mana ianya boleh mengesan diri kita ni ada JIN atau tidak (dlm badan kita la), juga boleh menghalau JIN atau SYAITAN  dari tubuh badan kita.

Kalau komputer kita ada VIRUS kita selalu scan kemudian kita delete atau padamkan virus yg terdapat di dalamnya. Jika VIRUS itu yg susah nk dihapuskan kita akan hantar komputer kita ke kedai2 komputer untuk format semula komputer kita tu kan..

Sekarang kita nak SCAN diri kita pulak nk tahu samada dalam badan kita ada JIN atau tidak. caranya seperti ini:

1. Kita dengarkan video ayat ruqyah ini dgn earphone dgn volume yg paling kuat

2. Pejam mata dan jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati

3.SEKIRANYA…badan anda  BERPELUH2, HATI ANDA BERDEBAR2, TERASA MULA , HENDAK MUNTAH, PENING, TERASA ADA YG BERGERAKI DI BAWAH KULIT ANDA, SENDAWA , MENGANTOK, BATUK JANTUNG BERDEGUP KENCANG…

ini beerti badan anda dihuni JIN..

sekiranya ini berlaku maka anda hendaklah berjumpa dengan ustaz2 yg ada di darus syifa.. jgn jumpa BOMOH atau PAWANG ye…syirik tu

JOm sedia..kita dengarkan AYAT RUQYAH ini..